RASYIDAH BINTI MOHD ZAMRI (242114)
1.0 PENDAHULUAN
Dunia
telah mengalami pelbagai perubahan yang ketara sejak kemunculan internet
lingkungan pertengahan 90-an. Rangkaian internet ini banyak digunakan terutama
dalam skop perniagaan dan telah menyebabkan landskap perniaagaan berubah secara
menyeluruh. Malaysia juga tidak terkecuali dari terlibat dalam perubahan ini
walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Rangkaian internet ini digunakan
oleh individu, perusahaan kecil dan sederhana (IKS) sebagai landasan perniagaan
mereka terutama dalam skop bidang
pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan
pelancongan. Landasan ini dikenali sebagai e-Dagang atau dalam bahasa
Inggerisnya Electronic Commerce (E-commerce).
E-Dagang
merupakan satu aplikasi dan rangkaian untuk membantu pembekal perkhidmatan atau
produk menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti jual dan beli dan perkhidmatan terus
kepada pelanggan dengan hanya melalui pembayaran atas talian sahaja. Bagi penghantaran
produk pula akan dilakukan secara terus atau melalui pos laju. Telekomunikasi
ini dapat memuaskan hati pengguna-penggunanya seperti pembeli, penjual, dan
pihak ketiga seperti syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan lain-lain. Ianya
boleh menggunakan rangkaian internet, extranet dan World Wide Web (WWW) tanpa
menggira saiz, lokasi dan jenis perniagaan.
2.0 SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG
Menurut
Kotler dan Armstrong (2000) internet telah dicipta pada akhir 1960an oleh
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang pada asalnya untuk mengabungkan
makmal-makmal kerajaan, kontraktor dan pemasangan kerajaan. Setelah itu, internet
telah berkembang dengan pesat pada awal 1990an dengan pembangunan World Wide
Web (WWW) yang mesra pengguna dan telah membolehkan syarikat menghubungkan
jutaan pelanggan baru dengan kos yang hanya suku daripada kos pengiklanan media
cetak serta televisyen dan sehingga kini penggunaannya terus menjadi kegunaan
dan dianggap sebagai satu kemudahan. Akan tetapi, setiap perkara baru pasti
akan menempuh tahap evolusi termasuk e-dagang.
E-dagang pertama kali diperkenalkan pada tahun
1994 pada saat pertama kali banner-elektronik dipakai untuk tujuan promosi dan
periklanan di suatu halaman-web (website). Menurut Riset Forrester, perdagangan
elektronik menghasilkan penjualan seharga AS$12,2 miliar pada 2003. Menurut
laporan yang lain pada bulan oktober 2006 yang lalu, pendapatan ritel online
yang bersifat non-travel di Amerika Syarikat diramalkan akan mencapai seperempat
trilyun dolar US pada tahun 2011.
Istilah “perdagangan elektronik” telah berubah sejalan dengan waktu.
Istilah “perdagangan elektronik” telah berubah sejalan dengan waktu.
Awalnya,
perdagangan elektronik bermaksud pemanfaatan transaksi komersial, seperti
penggunaan EDI untuk mengirim dokumen komersial seperti pesanan pembelian atau
invoice secara elektronik. Kemudian berkembang menjadi suatu aktiviti yang mempunyai
istilah yang lebih tepat “perdagangan web” iaitu pembelian barang dan
perkhidmatan melalui World Wide Web melalui server aman (HTTPS), protokol
server khusus untuk merahasiakan data penting pelanggan. Ketika web mulai
terkenal di masyarakat pada 1994, para wartawan dan mereka yang menyaksikan
acara perlangsungan itu percaya e-dagang akan menjadi sebuah sektor ekonomi
baru. Buktinya, sekitar empat tahun kemudian, protokol aman seperti HTTPS
memasuki tahap matang dan banyak digunakan. Antara tahun 1998 dan 2000, negara Amerika
Syarikat dan Eropah telah mengembangkan web perdagangan ini menerusi aktiviti perniagaan.
3.0 KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM
PERNIAGAAN
3.1 Meningkatkan produktiviti
dan menjimatkan kos syarikat
Perniagaan
yang melalui e-dagang akan menjadi lebih cepat dan pantas terutama apabila
syarikat ingin berkongsi dan mempromosikan barangan serta produk mereka. Maklumat
tersebut akan tersebar dengan lebih pantas, efisyen dan tepat samada melalui
emel, SMS, media sosial,rangkaian-rangkaian khas serta pelbagai medium yang
lain. Selain mudah dan cepat, ia dapat menjimatkan kos operasi dan pengiklanan syarikat
seperti sewaan gudang, insuran, sewaan, kawalan serta lain-lain kos yang
berkait dengan kos penyimpanan dalam transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan
berlaku.
untuk
menjual dan mempromosikan produk masing-masing. Semuanya boleh dilakukan dan
kemaskini produk secara online dimana jua dan pada bila-bila masa sahaja.
Secara tidak langsung pihak penjual atau syarikat dapat mengurangkan harga jualan
berbanding di kedai-kedai. Dengan ini, productiviti, imej dan kredibiliti syarikat
akan meningkat kerana urusan jual dan beli dapat dilakukan dengan kadar masa
yang singkat, dengan harga yang lebih murah dan seterusnya dapat
mempertingkatkan pertambahan pelanggan.
3.2 Penjualan tanpa sempadan
E-dagang
adalah satu-satunya perniagaan yang tidak terikat dengan masa atau sempadan
samada dari pihak pembeli mahupun pihak penjual. Dari pihak pelanggan, mereka
dapat membeli pada bila masa-masa sahaja dan dimana jua dengan hanya mengakses
internet. Dari pihak penjual pula, mereka boleh menjual di pelusuk dunia samada
dalam negara atau secara global. Kaedah ini amat sesuai bagi mereka yang tidak
gemar terikat dengan kesesakan lalu lintas, tiada masa yang banyak untuk ke
lokasi perniagaan dan tinggal di lokasi yang berlainan negeri atau berjauhan dengan
kedai berkenaan.
3.3 Pasaran dapat diperluaskan
Disebabakan
e-dagang menggunakan rangkaian internet, syarikat dapat memperluaskan pemasaran
produk-produk baru dengan mudah dan cepat dengan hanya menggunakan kaedah di
hujung jari sahaja. Memandangkan pemasaran barangan dan perkhidamatan tanpa
sempadan, semua pengguna internet dapat melihat segala promosi yang dimuat naik
di laman sesawang yang kini digunapai seperti
mudah.com, facebook, instagram, email, SMS (system pesanan ringkas) dan
lain-lain tanpa mengira lokasi dan ianya menjadi lebih mudah pantas. Semakin
luas pemasaran dilakukan, syarikat atau usahawan tersebut akan memperolehi
lebih banyak keuntungan.
3.4 Berkonsepkan mesra pelanggan
Berkonsepkan mesra pelanggan
yang dimaksudkan ialah dimana e-dagang mempunyai platform pencarian produk yang
lebih mudah, padanan atau spesifikasi sesuatu produk dan perkhidmatan yang
boleh mengurangkan kos pelanggan untuk ke lokasi perniagaan, sistem pembayaran
elektronik yang selamat, kaedah penghantaran produk yang terjamin kerana
berdaftar seperti pos laju, GDEX, City-Link serta reaksi yang pantas ke atas
pertanyaan pelanggan. Selain daripada itu, pelanggan akan lebih bebas dalam membuat
sebarang keputusan pembelian kerana mereka mempunyai banyak pilihan dari
pelbagai syarikat lain dan mempunyai masa untuk membuat keputusan sebelum
membeli.
4.0 TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI
MALAYSIA
Penggunaan Internet di Malaysia bermula
pada tahun 1990 apabila MIMOS Berhad melancarkan perkhidmatan JARING sebagai
Penyedia Servis Internet (ISP) pertama, diikuti pelancaran ISP kedua oleh
Telekom Malaysia (TM) pada tahun 1996 (Ainin Sulaiman, 2000; Azham Hussain,
Fazillah Mohd. Kamal & Ruheila Afzan Musa, 2005; Khairul Nizam Zainal
Badri, 2006).
Menurut
Hashim, (2011) e-dagang merupakan salah satu bidang yang dipandang serius oleh
kerajaan kerana penjual boleh mempelbagaikan corak perniagaan mereka dengan
hanya melalui e-dagang. Disebabakan itu, berdasarkan Laporan Tahunan PKS
(2006), kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan sebanyak RM12.9 billion
untuk meningkatkan penggunaan teknologi ICT khasnya e-Dagang dalam sektor PKS.
Ia sebagai usaha memperkukuhkan lagi sistem pengurusan dan pengeluaran sektor
terbabit. Selain itu, beberapa agensi Kerajaan seperti Perbadanan Penbangunan
Teknologi Malaysia (MTDC), SME Corp dan Perbadanan Biotek Malaysia (MBC) turut
memberi kerjasama dalam memperkenalkan teknologi ICT khasnya E-Dagang kepada
usahawan KS (MITI, 2009; SME Corp 2009.
Menurut Syed (2009), e-dagang kini semakin
berkembang dan menjadi perhatian terutama kepada industri yang melibatkan
perdagangan, perniagaan, pelaburan, perbankan, sektor awam mahupun swasta dan
sebagainya. Malaysia juga telah dikenalpasti sebagai sebuah Negara yang
berpotensi tinggi untuk penggunaan e-dagang di Asia Tenggara. Hal ini telah
dibuktikan dengan peningkatan yang telah ditunjukkan oleh Malaysia dalam kajian
yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit (EIU, 2010) berkenaan dengan
kebolehcapaian e-readiness
Menurut
laporan dari Utusan Malaysia pada 18 Julai 2012, transaksi aktiviti membeli-belah
dalam talian berjumlah Rm 842 juta iaitu pada tahun 2011 dan perolehan e-dagang
di seluruh dunia dijangka mencecah AS$963 juta (RM3.08 bilion) pada tahun 2012.
( Laporan global yang dikeluarkan JP
Morgan pada 2011) dan penggunaan e-dagang terus mengalami peningkatan dari
tahun ke tahun.
Menurut
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula, statistik pengguna
Internet pada 2011 menunjukkan terdapat hampir 17 juta pengguna di negara ini.
Laman sembang sosial seperti Facebook pula mencapai lebih 13 juta pengguna
dengan purata individu menghabiskan masa melayari Facebook 22.3 jam seminggu.
Ini kerana, ketika ini Facebook platform berkesan dalam menyampaikan maklumat
seperti produk terkini yang disampaikan melalui rakan yang mempunyai minat yang
sama dan menjadikan penyampaian maklumat itu dapat dilakukan dengan lebih cepat
dan tepat dengan sasaran. Ia juga menunjukkan aktiviti penjualan dan pembelian
melalui Internet turut meningkat secara mendadak dengan sektor Internet pada
2010 menyumbang 4.1 peratus berbanding negara maju lain dengan kadar purata 3.4
peratus. Dalam ekonomi digital kini, kita patut merebut peluang dalam
perkembangan sektor Internet ini terutama dalam sektor e-dagang
Sebagai
bukti, aktiviti e-dagang dan logistik meningkatkan pendapatan Pos Malaysia
Berhad (Pos Malaysia) sebanyak 15 peratus kepada RM1.72 bilion bagi tahun
kewangan 2015/2016 dimana peningkatan ini hasil daripada pertumbuhan kukuh
dalam bisnes punggahan sementara (transhipment) yang dipacu sektor kurier dan
e-dagang (Laporan malaysiagazette pada 18
Ogos 2016).
5.0 CABARAN / HALANGAN
PENGGUNAAN E-DAGANG
5.1 Produk yang dibeli tidak
diterima
Berdasarkan
utusan 2013 di dalam isu Jenayah e-dagang ada menyatakan bahawa diantara
risiko-risiko perniagaan online ialah membuat pembayaran pendahuluan terhadap
barangan yang ingin dibeli tetapi tidak menerima barangan tersebut.Ini boleh
berlaku sekiranya barangan tersebut dibeli menerusi blog, laman sosial atau
emel terus dari individu tertentu yang tidak dikenali dan tidak disahkan sama
ada berdaftar atau tidak sebagai peniaga online dengan menciptai laman web
palsu atau laman tiruan yang menyerupai laman web berdaftar. Ianya sukar
dibezakan antara laman web yang sebenar dan laman tiruan kerana kedua-duanya
sama dan yang membezakan laman-laman web tersebut adalah alamat URL.
Disebabkan
itu, rekod aduan yang diterima dari Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC),
aduan yang tertinggi adalah berkaitan e-dagang dimana sebanyak 7,641 aduan yang
dibuat pada tahun 2014 dengan jumlah kerugian berjuta-juta ringgit. Ini
bermaksud, pembelian atas talian mempunyai risiko yang tinggi untuk ditipu
berbanding pembelian secara tradisional iaitu secara bersemuka (face-to-face) dan secara langsung (walk-in)
5.2 Tiada interaksi secara
langsung
Ketiadaan
interaksi secara langsung merupakan perkara penting sebagai pembeli dan penjual.
Para pelanggan yang ingin melakukan pembelian tidak dapat berinteraksi secara
langsung dengan peniaga sebenar untuk mendapatkan sebarang maklumat dan sekiranya
ingin mengajukan pertanyaan tetapi hanya dapat memperolehi maklumat tentang produk
melalui pembacaan di skrin computer iaitu di laman sesawang syarikat tersebut. Disebabkan
itu, pembacaan sahaja tidak bermaksud pembeli telah berjaya dapat membezakan
laman yang sah atau tidak dan juga tidak bermaksud pembeli telah selamat dari
ditipu.
Dari
pihak para peniaga pula, kebanyakan individu atau sesiapa sahaja boleh dan
mampu membina laman sendiri dan mendaftar nama yang dominan. Disebabkan itu,
para penjual sukar untuk meyakinkan pembeli bahawa mereka bukanlah penjual yang
menipu atau dikenali sebagai trusted
seller.
5.3 Kurang pengetahuan
Kurang
pengetahuan yang dimaksudkan dalam konsep ini ialah pengetahuan berkaitan
pembelian dan penjualan bagi memastikan tidak ditipu dan tertipu dengan
mana-mana pihak. Tidak semua pengguna dan penjual itu mengetahui panduan membeli dan menjual secara atas
talian dengan betul. Disebabkan oleh faktor kurang pengetahuan ini, secara
tidak langsung akan mengurangkan keyakinan kedua-dua pihak menggunakan e-dagang
sebagai platform utama mereka untuk aktiviti pembelian dan penjualan.
5.4 Akses internet yang mahal
Akses
Internet yang mahal menjadi penghalang utama sesebuah organisasi perniagaan dan
para pelanggan untuk mencari maklumat atau info berkaitan dengan produk (Turban
dan King, 2003). Para peniaga dan pelanggan akan menghadapi masalah sekiranya
kos bagi mengakses Internet melibatkan kos yang tinggi. Malah, ianya turut akan
menyebabkan perkembangan khasnya e-dagang menajadi kurang memuaskan kerana asas
utama dalam sistem e-dagang adalah Internet. Sekiranya kos bagi Internet mahal
atau tinggi, ia pasti akan menyulitkan banyak pihak. Selain itu, ianya juga menjadi
penyumbang kepada halangan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan
menerusi Internet (Poong et al., 2007).
6.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG
PENGGUNAAN E-DAGANG
6.1 Faktor kebergunaan dan
kemudahgunaan
Menurut (McCloskey, 2004), mudah digunakan merupakan faktor penting dalam memberi kesan secara langsung
kepada pengguna sama ada mahu membeli secara online atau sebaliknya. Ini kerana,
pengguna akan mengenal pasti atau mencuba terlebih dahulu sebuah aplikasi yang
disediakan sama ada ia mudah digunakan atau sebaliknya dan seterusnya
mempengaruhi seseorang pengguna untuk terus mencuba atau menggunakan sistem
tersebut atau memberhentikannya.
Sekiranya
pengguna mempunyai pengalaman yang buruk bagi penggunaan yang pertama kali, kebarangkalian
untuk beliau teruskan pembelian melalui online adalah sangap tipis.
6.2 Faktor pengaruh sosial
Hasil
kajian oleh Fan, Saliba, Kendall, dan Newmarch (2005) mendapati pengguna lebih
suka memberi cadangan dan saranan berkaitan sesuatu perkhidmatan yang digunakan
kepada orang lain sekiranya mereka berpuas hati terhadap perkhidmatan yang
diberikan. Kebiasaannya mereka akan memberitahu dan menyarankan kepada rakan
mereka yang terdekat supaya turut mencuba menggunakan sistem tersebut dan
sekaligus menjadi testimoni. Kesan
daripanya, akan lebih ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Sekiranya
pengguna tidak berpuas hati, mereka masih memaklumkan kepada rakan dan ahli
keluarga terdekat tetapi dalam konsep yang negatif dimana pengguna tidak
menyarakan dan tidak akan menggalakkan orang lain untuk menggunakan
perkhidmatan tersebut.
6.3 Faktor kepercayaan
Kepercayaan
yang dimaksudkan ialah kepercayaan pelanggan kepada pihak penjual. Menurut (Reichheld dan Schefter, 2000;. Semejin et al,
2005), pelanggan setia (customer loyalty) memang penting untuk
meneruskan perniagaan. Ini bermaksud, tanpa pelanggan, sesebuah perniagaan
tidak akan kemana dan boleh menyebabkan sesebuah syarikat perniagaan tidak akan
bertahan lama seterusnya menjadi muflis.
Selain
itu, dengan kepercayaan, ia akan
menggalakkan lebih banyak penggunaan teknologi e-dagang, menjadikan proses
e-transaksi lebih mudah, meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaan e-dagang,
membawa kepada peningkatan komitmen pengguna, meningkatkan kepuasan pelanggan,mengekalkan
hubungan dengan pelanggan dan membantu memperoleh faedah yang kompetitif.
(Pittayachawan, 2008).
Contoh yang boleh dilihat ialah perkhidmatan
perbankan dimana setiap bank mempunyai pelanggan masing-masing yang perlu
dijaga. Memandangkan terdapat banyak bank di Malaysia, jadi setiap bank akan
berusaha meningkatkan kepuasan pelanggan dengan memberikan khidmat layanan yang
terbaik, mempelbagaikan perkhidmatan dan produk serta memberi jalan
penyelesaian dan menyelesaikan masalah yang pengguna hadapi untuk memastikan
pelanggan akan tetap setia.
6.4 Faktor kos
Menurut Shimp (2007), internet merupakan salah satu
landasan bagi pengiklanan samada pengiklanan di media elektronik mahupun media
cetak. Akan tetapi, pengusaha kecil dan sederhana menganggap ianya adalah satu
bebenan yang harus dipikul kerana pengiklanan memerlukan kos yang cukup tinggi
untuk dibayar kepada hos media terbabit. Namun, melalui laman web yang dicipta
iaitu e-dagang, ianya boleh mengiklankan apa sahaja yang diinginkan dengan kos yang
cukup minima malah pengiklanan mampu disampaikan keseluruh gajet elekronik yang
bersambung dengan internet di seluruh dunia tanpa mengira masa dan tempat.
Sebagai contoh, laman sesawang Mudah.com atau
instagram yang giat digunakan ketika ini bagi pembelian dan penjualan online.
Bagi mereka yang ingin menjalankan aktiviti perniagaan melalui laman sesawang
tersebut tidak perlu mengeluarkan sebarang kos pengiklanan, sewa atau yuran
pendaftaran tetapi hanya daftar sahaja sebagi pengguna (user) dan memaparkan
barangan (item) yang ingin diperdagangkan. Disitu telah terbukti bahawa
e-dagang dapat menjimatkan kos penjualan seminima yang mungkin. Faedahnya akan
diperolehi oleh kedua belah pihak dimana penjual dapat jual dengan harga yang
lebih murah tanpa menjejaskan keuntungan dan pembeli dapat membeli dengan harga
yang lebih murah berbanding di kedai tanpa membazirkan masa ke lokasi kerana harga
dan kos yang berpatutan merupakan motivasi utama seseorang pengguna online
dalam melakukan urusan pembelian menerusi laman sesawang (Swatman, Krueger
& Van der Beek, 2006)
7.0 KESIMPULAN
Perkembangan e-dagang di Malaysia sememangnya sudah
berada pada tahap yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan Kerajaan
Malaysia telah melakukan pelbagai inisiatif bagi memastikan e-dagang sentiasa
mendapat tempat di kalangan peniaga mahupun pengguna
Disebabkan
e-dagang penting bagi kemajuan ekonomi
negara, pihak kerajaan kini sedang berusaha untuk membekalkan segala
keperluan terutama dari segi infrastruktur dan kemudahan lain khususnya
perkhidmatan Internet dan jalur lebar di seluruh kawasan terutama kepadda pengguna
e- dagang sebagai nadi penggerak
terhadap kegiatan harian mereka.
E- Dagang bukan sahaja dapat memajukan ekonomi
negara, malahan dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak samada
pengguna mahupun penjual. Dengan keadaan sedemikian, diharapkan
urusniaga melalui e-dagang dapat menjadi satu budaya urusniaga yang
menggalakkan serta dapat memasuki
pasaran baru setanding dengan negara maju yang lain di seluruh dunia.
8.0 RUJUKAN
Ahmad
Syahrul Haniff Mohd Rawi., Siti Zobidah Omar. & Muhamad Sham
Shahkat
Ali. (2011). Tahap Hubungan Antara Pelbagai Faktor Terpilih
Dengan
Keinginan Menggunakan E-Dagang Dalam Kalangan Pengguna
Internet, Vol.
13, No.2, 11-15.
Suhana Safari & Maisharah
Ngusman. Kajian Potensi Penggunaan E-Dagang
(E-Commerce)
Di Kalangan Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana
(PKS) Agromakanan Di Malaysia, 8-9.
https://nyomansukadana94.wordpress.com/2013/03/18/sejarah-e-commerce/
yang diakses pada 16 Oktober 2016
http://www.ftsm.ukm.my/aj/prokomers/pic/definisi.htm
yang diakses pada 10 Oktober 2016
https://www.scribd.com/doc/255198388/Kebaikan-Keburukan-e-Dagang
yang diakses pada 10 Oktober 2016
https://www.scribd.com/doc/33914027/Maksud-e
yang diakses pada 10 Oktober 2016
http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_e_Dagang.pdf?CSRF_TOKEN=2755c88d89374bec86e880f18c8d17f3b29f324b
yang diakses pada 30 Oktober 2016
http://jpmm.um.edu.my/filebank/published_article/4082/02_JPMM%202011_2-Ahmad%20Syahrul%20Haniff%20Mohd%20Rawi,%20Siti%20Zobidah%20Omar.pdf yang
diakses pada 30 Oktober 2016
http://www.harakahdaily.net/index.php/gajet/36977-kelebihan-penggunaan-ict-dalam-perniagaan yang
diakses pada 30 Oktober 2016
https://www.scribd.com/document/328221695/Zamri-E-Dagang-Di-Malaysia yang
diakses pada 30 Oktober 2016
https://yurindra.wordpress.com/e-commerce/evolusi-electronic-business-di-perusahaan/ yang
diakses pada 30 Oktober 2016
http://documents.tips/documents/esei-e-dagang-566ca96acb116.html
yang diakses pada 12 November 2016
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120718/ek_02/Malaysia-dijangka-catat-transaksi-e-dagang-RM19b yang
diakses pada 12 November 2016
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1213/bab3.pdf
yang diakses pada 12 November 2016
http://ori.malaysiagazette.com/ms/korporat/e-dagang-kurier-pacu-keuntungan-pos-malaysia
yang diakses pada 12 November 2016
http://www.nccc.org.my/v2/index.php/component/content/article/1758-isu-dan-cabaran-dalam-e-dagang
yang diakses pada 20 November 2016
http://www.mcmc.gov.my/Mobile/Tools/ViewMobile.aspx?datapath=/Media/Press-Clippings/Usahawan-online&classname=SKMM.CustomArticles
yang diakses pada 20 November 2016
http://ahmadricky.ilearning.me/?p=2402
yang diakses pada 26 November 2016
Adakah anda memerlukan pinjaman untuk sebenar? Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana pertubuhan kewangan, bank dan perusahaan kewangan lain? Jika ya, bimbang tidak lagi kerana syarikat pinjaman @ ROSSA STANLEY, kami adalah syarikat kewangan yang berpengalaman yang menyediakan pinjaman korporat, kepada badan korporat.farmer, kontraktor dan orang awam pada kadar faedah sebanyak 2%. Kami mempunyai akses kepada kumpulan tunai untuk memberi kepada syarikat dan mereka yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan tidak kira betapa kecil.Kami yakin bahawa kebajikan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami yang optimum, mengapa kami berada di sini untuk menjaga pemprosesan pinjaman anda . Berhubung dengan perkhidmatan pelanggan kami
ReplyDeleteE-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
Viber: +15186756750
Instagram: Rossamikefavor
Twitter: Rossastanlyloan
Untuk tindak balas yang cepat dan pantas ....
Sila isi borang permohonan di bawah:
DATA PEMOHON:
1. Nama
2. negara
3. Alamat
4. Jantina
5. Kerja
6. Jawatan di tempat kerja
7. Pendapatan bulanan
8. Jumlah pinjaman yang diperlukan
9. Tempoh pinjaman
10. Agama
11. Pernahkah anda memohon sebelum dan ditolak? Jika ya
12. jika anda telah ditolak berikan alasan .............................. .......... ..
............................. ..................... ..........
............................. ..................... ..........
............................. ..................... ..........
............................. ..................... ..........
Kami berada di sini untuk keperluan kewangan anda
Pinjaman kami diasuransikan dengan baik untuk keamanan maksimum adalah prioritas kami, tujuan utama kami adalah membantu Anda mendapatkan layanan yang layak Anda dapatkan, Program kami adalah cara tercepat untuk mendapatkan apa yang Anda butuhkan dalam sekejap. Kurangi pembayaran Anda untuk mengurangi beban pengeluaran bulanan Anda. Dapatkan fleksibilitas yang dapat Anda gunakan untuk tujuan apa pun mulai dari liburan, pendidikan, hingga pembelian unik. Pelamar yang tertarik harus Hubungi kami melalui email: BBM INVITE: {D8980E0B} Hanya WhatsApp :: {+ 33753893351}
ReplyDeleteEmail: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)